lepas zohor tadi aku telah menghabiskan masa aku dengan ngedate bersama kesayangam aku. berdua sahaja. tiada orang ketiga yang cuba memisahkan kami berdua. ecehh. :p ngedate dari lepas zohor hinggalah pukul 6 petang tadi. lama bukan? huhu
tapi kitorang ngedate dekat mana je.. pukul 2- 3 lebih dekat bsn. pastu sampai 4 lebih ngedate dekat maybank pulak. rare tak?!
dekat bsn kesayangam aku nak buka akaun dan aku pula, buka akaun maybank. tu yang dok berjam kat bank. sigh. lepas pergi bank, pergi kesayangam ku pergi buat gambar passport pulak. tunggu lagi. lepas tu, perabihkan pitih dekat pizza hut pulak. aku yang ajak. *banyak lah pulaknya.*
masa dah nak habis makan, kesayangam tolak bil kat aku. ya.. saya yang ajak. saya bayar. wuu. lepas makan kitorang bakar lemak lemak yang terkumpul ini dengan merayap dalam shopping mall pulak. pergi bookstore nak cari buku fixi. tak ada. buku fixi ada, tapi bukan tajuk yang aku cari. kecewa. merayap lagi tengok beg tangan. polo ada sale. pergh pergh pergh macam nak nangis je tengok beg beg kat situ. aku menangis je.. tapi tak beli pun. aku rasa duit duit aku perlu tinggal lebih lamadalam purse aku ni. eheh. last sekali pergi watson. cari pencuci muka. dah habis. haha. jalan terlalu lama ditambah lagi dengan wedges setinggi 5 inci, kaki aku mula rasa sakit. then kitorang lepak sebentar di kedai pastri sambil topap lelemak yang dah kurang tadi. hampeh.
kira kira jam 6 : 15 petang abang call. kejap lagi dia sampai katanya. oh ya, masa pergi pun dia hantar. alang alang dia balik lunch kat rumah then pergi kerja balik, kitorang tumpang lah sekaki. huhu.
anyway macam biasa, ini gegambar sempat aku snap pakai kamera henpon cikai aku. gambar masa dekat phd je. masa tempat lain takde pun. yelah, dekat phd je aku dapat relaks. baru bleh snap dengan aman. dekat tempat lain kena jalan. dari aku sibuk ambil gambar, baik aku sibukkan diri aku perhati kalau kalau ada sale. ye dak?! >.<
sebelum order sampai.. elok je lagi ghupe meja tu...
orang lain sebelum makan biasa gambar makanan tu di ambil.. aku, habis di kokak baru nak snap.
kehkeh.
kitorang cuba try test double sensation pizza. alah, yang dalam iklan kat tv tuuu.. hhaha
masa ni konon la nak ikut protokoloko pakai pisau garfu bagai.. tak sampai lima minit, singsing lengan, sekali jalan je, licinn. nasib kat situ takde customer lain. haha
nyosal pulak den raso bilo den order bendo ni. bukan sebab tak sodap, tapi mungkin sebab dah muak sangat, gigil satu badan nak telan benda alah ni. haha. last last, paksa kesayangam habiskan. :)
haaa inilah kesayangam saya.. my lovely ibu. hehe.
nampak tak cara ibu pegang pisau tu. jangan memain.. *jauhkan diri* hahaha
dan inilah hasilnya.. ibu cakap, total ni kau gi restoran order nasi goreng kampung mau sepuluh kau dapat! huu..sekali sekali apa salahnya kannn.. T_T
selepas balik,
disebabkan kekecewaan yang melampau tak dapat buku yang dicari, lepas maghrib tadi terus buka laman web fixi terus aku online order buku tu. mahal sikit dari beli kat luar pun takpelah. janji rock. and now me happy. kita tunggu abam posmen pulak. hehehe.
asrama by muhammad fatrim.
ramai cakap buku ni bestest gilers + seram susuk.
haaa.. saya suka.... saya suka.. saya suka..
:3
4 : 32 am. dah tak payah tidurlah hana oi. nak subuh dah. - -







No comments:
Post a Comment